Wednesday, January 11, 2012

Drama Review: Nilapura


As promised, here's my first Malay drama review; Nilapura. ^_^ I decided to write the review in English and Malay. Well, why?Because it's a Malay drama and it'd be great if I write it in the respective language.Hehe...

Jadi, apa yang saya fikir tentang Nilapura?Bagus!Mula-mula tu memang pelik mungkin sebab terganggu degan kesan CGI yang tak berapa bagus.Dalam erti lain, nampak tipu sangatlah.Huhu..Tapi, saya suka dengan jalan cerita drama ni; lain dari yang lain.

Berlatar belakangkan sebuah negara Melayu lama yang merupakan rekaan semata-mata bernama Nilapura, drama ni mengisahkan pertembungan kuasa antara dua kuasa besar iaitu Nilapura dan Bimasakti. Nilapura dikalahkan oleh Bimasakti dalam usahanya meluaskan empayar kekuasaannya. Kekalahan tersebut mengakibatkan keluarga diraja negara tersebut ditawan. Untuk mengelakkan mereka dibunuh, puteri raja Nilapura bernama Ratna Emas terpaksa dikahwinkan dengan putera raja negara Bimasakti bernama Rangga. Di sinilah segala-galanya bermula.Mampukah sebuah perkahwinan tanpa rela melahirkan cinta antara keduanya?

Bagi saya, kisah cinta berasaskan kahwin paksa adalah sesuatu yang biasa terjadi di dalam drama mahupun novel. Namun, kisah cinta di dalam Nilapura sedikit berbeza dari yang lain kerana kedua-duanya telah mempunyai kekasih hati. Ratna Emas bercinta dengan pengawal peribadinya sendiri bernama Dindra manakala Rangga berkasihan dengan Ulia, isteri kedua seorang pembesar.

Wah, serius sungguh saya sekarang!Hehe..Secara peribadi, saya suka watak Raja Rangga walaupun mula-mula tu menyampah giler dengan mamat tu.Yelah, sangatlah playboy and boleh pulak bercinta dan berzina dengan isteri orang. Lepas tu, melanggan pelacur sesuka hati dia. Lagi satu, dia boleh plak rape Ratna Emas just because she's his wife.Memang kesian Ratna Emas. Tapi bila cerita tu dah bergerak, kita boleh nampak perbezaan watak Rangga. Dia tu sebenarnya taklah teruk sangat.Dia tu sebenarnya baiklah jugak especially bila dia berusaha keras nak selamatkan anak pelacur yang dia langgan tu. Sekarang ni plak, dia dah betul-betul fall in love dengan Ratna Emas.Yelah, mana taknya, isteri dialah yang ada dengan dia semasa dia kena serang sampai lumpuh oleh sepupu Ratna Emas, Raja Gulam. Frankly, comel sangat masa dia tengok his wife dengan angaunya.Haha..Well, thumbs up untuk pelakonnya, Ammar Asyraf. Saya percaya dia ada potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam bidang lakonan.

Well, that's what I think about this drama. It's still on air. I hope, the ending will be a great one.I just really hate to watch a disappointing ending like most of Malay dramas.Huhu..

Oklah, jom dengar ost drama ni yang bertajuk 'Atas Nama Janji' nyanyian Farah Asyikin.Enjoy!!!

0 comments:

Post a Comment